top of page

SEMINAR PEMERKASAAN MATEMATIK

​
Pada 1 April 2017 telah berlangsung Kem Pemerkasaan Matematik bagi murid Tahap 2 yang telah dianjurkan oleh Panitia Matematik SKBB
​

Seramai 33 orang murid terlibat dalam program yang ditaja sepenuhnya oleh UEM Group Berhad. Program ini telah menampilkan Puan Muzakiah binti Mohd Jamil, Guru Cemerlang Matematik dan Jurulatih Utama Matematik Kebangsaan sebagai penceramah.

 

Beliau banyak memberi kaedah mudah menguasai matematik yang bukan setakat berguna kepada murid-murid bahkan juga kepada guru-guru yang mengajar matematik.

​

Program berakhir dengan majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosli bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balai Badang.

bottom of page