
MINGGU PANITIA
SAINS
​
Minggu Panitia Sains yang membawa tema Science For Life telah dirasmikan pada pelancarannya pada 23 April 2017 hingga 27 April 2017.
​
Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosli bin Ismail, Guru Besar SKBB semasa majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Antara program yang dilaksanakan semasa Minggu Panitia Sains ialah Buku Skrap Sains, Penulisan Artikel Sains dan Pop Kuiz.
Kemuncak Minggu Panitia Sains ialah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR yang telah disampaikan oleh En. Nordin bin Sanat Jurulatih Sains dan juga penanda kertas peperiksaan Sains. Bengkel ini turut disertai murid-murid Tahun 6 dari SK Spang Loi, SK Mensudut Lama dan SK Kemedak. Tahniah dan syabas kepada Ketua Panitia Sains En. Mohd Helmy bin Jamhuri dan juga En. Muhammad Sayuti bin Sakawi di atas penganjuran program ini. Terima kasih juga kepada pihak UEM Group Berhad yang menaja keseluruhan program



