top of page

PERKHEMAHAN UNIT

BERUNIFORM

​
Antara program yang wajib setiap tahun dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah Perkhemahan Unit Beruniform. Pada tahun ini buat ke sekian kalinya perkhemahan unit beruniform telah dilaksanakan pada 4 hingga 6 Mei 2017 bertempat di SKBB
​

Perkhemahan pada kali ini menampilkan dua pasukan hebat Unit Beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Pengakap Kanak-kanak melibatkan penyertaan seramai 43 orang peserta. Ustaz Wan Azrul Haffiz telah diamanahkan sebagai Kem Komandan manakala guru-guru lain masing-masing dengan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya Masakan Rimba, Kembara, Malam Kebudayaan, Program Khidmat Masyarakat dan banyak lagi.

 

Program ini juga mendapat kerjasama padu daripada AJK PIBG SKBB dan sukarelawan yang telah menyediakan hidangan makanan sepanjang program berlangsung. Anugerah Badan Uniform Terbaik telah disandang oleh TKRS dan majlis penutupan program telah disempurnakan oleh En. Muhammad Sayuti bin Sakawi PGB HEM SKBB. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan perkhemahan ini. Anda semua memang 'superb'. Terima kasih juga kepada pihak UEM Group yang menaja sebahagian program ini.

bottom of page