
Program Kajian Kelestarian dan Pembangunan Kampung Balai Badang
Sebagai sebuah sekolah yang berada di kawasan luar bandar, SKBB seringkali dikunjungi oleh pihak-pihak luar yang datang untuk melaksanakan kajian dan progam bersama komuniti setempat. Terkini SKBB dikunjungi oleh 10 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussien Onn, Batu Bahat, Johor.
Satu program yang dinamakan sebagai Kajian Kelestarian dan Pembangunan Kg. Balai Balai Badang telah dilaksanakan pada 14 hingga 15 April 2017 dengan menjadikan SKBB sebagai pusat aktiviti mereka. Para peserta program ini telah tinggal bersama keluarga angkat masing-masing yang digerakkan di bawah Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 SINAR KAISARA 2017.
Selaras dengan objektif program yang ingin mengetahui sejarah sekolah dan kampung serta membina hubungan kemasyarakatan antara mahasiswa dan komuniti setempat beberapa program telah dijalankan antaranya program gotong royong di sekitar sekolah dan masjid, melukis mural, sukaneka bersama komuniti, Program Perkongsian Ilmu bersama muridTahun 6 dan temu bual bersama penduduk kampung.
Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Shaharuddin bin Ismail, PGB 1 SKBB. Semoga para mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat mendapat manfaat dariapda program ini dan membantu kejayaan mereka dalam meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya.



