
ENGLISH CAMP
​
Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah melancarkan Program Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Panitia Bahasa Inggeris SKBB telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan English Camp Programme untuk murid-murid Tahap 2.
​
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam telah dilaksanakan pada 28 hingga 29 April 2017 bertempat di Kolej Komuniti 2, Batu Anam, Segamat. Kem ini merupakan hasil kolaboratif bersama Puan Jeyavani a/p K. Kanniappan Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris PPD Segamat yang telah menggerakkan 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Paduka Tuan Segamat di bawah Johore Leads Programme.
Program yang bermatlamat untuk membantu murid-murid Tahap 2 menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik berlangsung dalam suasana ceria dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang menarik ialah 2 Truth 1 Lie, Hidden Words, Mummy Cat Walk dan banyak lagi. Menjelang tengah hari pada hari kedua kem, English Camp 2017 ditutup secara rasminya oleh En. Mohd Sayyidi bin Abdul Shukor PGB Kokurikulum SKBB. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan terima kasih kepada pihak UEM Group Berhad yang telah menaja sepenuhnya English Camp 2017



